Monday 28 November 2011

Lihat Diri Anda Selepas melihat video

Teknik Menempa kejayaan

   

Setiap orang adalah istimewa dan mereka dilahirkan untuk berjaya. akan tetapi kejayaan tidak boleh diperoleh begitu sahaja. Kejayaan datang dengan kesungguhan dan keazaman. Untuk mencapai kejayaan, kita perlu memupuk dan membina semangat yang kuat serta keazaman yang kental agar apa jua cabaran dapat ditepis dan ditangkis. Di samping kesungguhan dan keazaman yang kuat, setiap murid harus mempunyai ciri-ciri yang berikut.

Lawatan Sambil Belajar ( Motivasi dan Mengubah Tingkah Laku Negatif kepada Positif )


















Murid-murid, Syabas!

Teknik Meningkatkan Motivasi dan Teknik mengubah Tingkah laku Negatif Kepada Positif


Motivasi diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan murid. Tanpa motivasi pembelajaran tidak digunakan sepenuhnya. Murid lemah akan bertambah manakala murid cemerlang tidak mencapai tahap kecemerlangan maksimum jika dibandingkan jika ia mempunyai motivasi. Oleh itu, di sini kita akan membincangkan bberapa teknik meningkatkan motivasi diri.




Teknik Persediaan Psikologi


Persediaan tersebut amat penting dan perlu dititikberatkan kerana ia mampu mengukuhkan keyakinan murid dalam menghadapi peperiksaan. Berbanding persediaan ilmiah seperti pembacaan, menghafl, menulis dan sebagainya, persediaan emosi, fizikal, social, mental dan rohani adalah persediaan dalaman murid yang perlu ditanam dalam diri bagi memantapkan kecemerlangan murid.