Sunday 27 November 2011

Berita murid-murid yang boleh mendapat ' A ' dalam UPSR

      
               


           Wajah-wajah cemerlang UPSR

        

Perit ibu dukung anak ke sekolah setiap hari berbaloi
mendapat 5A dalam UPSR

 

武術賽奪標‧UPSR摘7A佳績‧陳慧淇文武雙全

UPSR放榜‧生病無法上課‧骨癌女生考7A

Atlet muda Sukan SEA dapat 5A dalam UPSR

– Bernama Nur Najiha Azman Hisham


                    
Mereka dapat mengambil keputusan cemerlang,
Anda pun boleh !!!
Ingat, Tekun dan Rajin
Kamu pasti berjaya ...

                   

Teknik Belajar Sendiri

Apabila kamu memilih untuk mengamalkan teknik belajar sendiri, kamu harus ingat bebrapa perkara yang perlu diberi perhatian, ketika menyusun setiap aktiviti pembelajaran. Semak senarai yang berikut dan tandakan ( v ) pada ruang yang berkenaan, perkara-perkara yang biasa kamu amalkan, apabila belajar dari semasa ke semasa.

Bil
Amalan semasa belajar
Tanda
1.
Memberi sepenuh tumpuan dan perhatian kepada aktiviti pemnelajaran yang dijalankan.

2.
Mendengar dengan teliti dan memberi perhatian serta tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran yang diajar oleh guru.

3.
Memerhatikan dengan teliti bahan pelajaran yang disampaikan oleh guru.

4.
Menyalin nota atau membuat catatan setiap perkara yang diajar oleh guru.

5.
Menjalankan latihan kemahiran mengikut arahan guru dengan teliti dan memuaskan.

6.
Bertanyakan kepada guru perkara-perkara yang menusykilkan.

7.
Merancang segala aktiviti pembelajaran dengan rapi sambil mematuhi tempoh masa yang telah disusun.

8.
Menyiapkan tugasan atau kerja rumah yang diberi oleh guru.

9.
Mengulang kaji pelajaran yang telah dipelajari pada setiap hari dan setiap minggu.

10.
Merujuk kepada buku teks, buku rujukan atau ensiklopedia untuk mengemaskinikan nota.

11.
Membuat latihan termasuk kertas soalan peperiksaan tahun-tahun kebelakangan.

12.
Membaca buku-buku panduan peperiksaan dan nota pelajaran.

13.
Mengambil bahagian dalam permainan dan sukan bagi memnuhi keperluan jasmani.

14.
Menyertai rombongan lawatan sambil belajar atau lawatan luar.

15.
Menjalankan aktivti hiburan dan berehat.

16.
Melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.

17.
Membantu kerja-kerja di rumah.

18.
Memenuhi masa lapang dengan kegiatan hobi.


Kesemua perkara yang disenaraikan di dalam jadual di
atas merupakan amalan-amalan yang perlu diberi
perhatian semasa murid merancang setiap aktiviti
pembelajaran dari semasa ke semasa. Berdasarkan
senarai di atas, semak dan kenal pasti setiap amalan
positif yang biasa kamu lakukan semasa proses
pembelajaran. Kamu perlu mendisplinkan diri supaya
                                   setiap amalan positif tersebut dapat menjalankan sebagai
                                   suatu kebiasaan