Monday 28 November 2011

Teknik Meningkatkan Motivasi dan Teknik mengubah Tingkah laku Negatif Kepada Positif


Motivasi diperlukan untuk meningkatkan kecemerlangan murid. Tanpa motivasi pembelajaran tidak digunakan sepenuhnya. Murid lemah akan bertambah manakala murid cemerlang tidak mencapai tahap kecemerlangan maksimum jika dibandingkan jika ia mempunyai motivasi. Oleh itu, di sini kita akan membincangkan bberapa teknik meningkatkan motivasi diri.





Perubahan,bukanlah sesuatu yang datang sendirinya. perubahan bukannya sesuatu yang datang ' berlari' kepada kamu. Perubahan adalah sesuatu yang kamu perlu lakukan. Satu hakikat hidup yang perlu kita fahami bahawa kita, yakini diri sendiri yang terlebih dahulu perlu berubah dan bukan orang lain sekiranya hendak berjaya. Sebagai murid, untuk menmpa kejayaan kita perlulah mengubah tingkah laku negatif kepada positif. Sikap hanya menunggu oarng lain berubah terlebih dahulu sebelum kita berubah tidak akan membawa kita ke mana-mana, kecuali kegagalan.



No comments:

Post a Comment